Berikut adalah tips jimat duit belanja kahwin:
- Rancang perkahwinan anda seawal yang mungkin
Ramai yang beranggapan bahawa perkahwinan tidak memakan belanja yang besar. Namun anda harus ingat bahawa, berbelanja di saat-saat akhir perkahwinan akan mengundang anda untuk berbelanja melebihi dari yang sepatutnya.
Sebagai contoh, perbelanjaan semasa majlis akad nikah sudah tentu memerlukan persiapan dari segi tempahan khemah / dewan dan sebagainya. Jika anda lewat menempah dewan misalnya, anda terpaksa menggunakan alternatif lain seperti di kawasan padang atau kawasan kejiranan ataupun hotel barangkali. Keadaan akan bertambah teruk sekiranya waktu tersebut merupakan musim hujan!
- Jika ingin buat pinjaman peribadi, pastikan tidak melebih-lebih
Sebagai contoh, jika budget perkahwinan anda adalah sekitar RM20k, maka pinjamlah sekadar RM20k. Ini kerana, ramai yang beranggapan bahawa selepas perkahwinan mereka memerlukan banyak wang. Namun anda tersilap!
Bayangkan anda pinjam RM50k, tapi anda hanya perlukan RM20k sahaja! Berapa banyak hutang yang tak perlu? (RM30k). Sedangkan potongan gaji anda sudahpun mencecah 40-50%? Anda perlu bayar selama 20 tahun dan RM30k ini, pada pandangan penulis merupakan gula-gula yang sangat berbahaya kerana anda pasti tidak mampu mengawal nafsu berbelanja anda! Gaji bersih anda pula perlu digunakan untuk membayar kereta, rumah dan lain-lain perkara. Nanti nak buat pinjaman perumahan perlukan duit juga.
0 comments:
Post a Comment