Thursday, September 13, 2012

Ada beberapa kaedah untuk mendapatkan duit belanja kahwin dengan mudah dan cepat! Antara kaedah tersebut ialah:


  • Simpan RM555 setiap bulan


Jika anda dan pasangan anda bekerja, anda bolehlah merancang untuk menjimatkan wang perkahwinan anda melalui simpanan secara bersama iaitu sebanyak RM555 setiap bulan.  Maksudnya, setiap hujung bulan baki akaun terkumpul adalah sebanyak RM1110.
Jika anda merancang untuk berkahwin dalam tempoh masa 2 tahun anda berdua sudahpun boleh mengumpul kira-kira RM26640 ! Wow! Angka yang menakjubkan!  Tak perlu pinjam di bank atau mana-mana institusi kewangan lagi !



Friday, August 10, 2012

Berikut adalah tips jimat duit belanja kahwin:


  • Rancang perkahwinan anda seawal yang mungkin 
Ramai yang beranggapan bahawa perkahwinan tidak memakan belanja yang besar. Namun anda harus ingat bahawa, berbelanja di saat-saat akhir perkahwinan akan mengundang anda untuk berbelanja melebihi dari yang sepatutnya.  

Sebagai contoh, perbelanjaan semasa majlis akad nikah sudah tentu memerlukan persiapan dari segi tempahan khemah / dewan dan sebagainya.  Jika anda lewat menempah dewan misalnya, anda terpaksa menggunakan alternatif lain seperti di kawasan padang atau kawasan kejiranan ataupun hotel barangkali.  Keadaan akan bertambah teruk sekiranya waktu tersebut merupakan musim hujan!



  • Jika ingin buat pinjaman peribadi, pastikan tidak melebih-lebih
Ramai antara kita membuat pinjaman peribadi untuk melangsungkan perkahwinan masing-masing. Tidak dinafikan bahawa agensi yang menyediakan perkhidmatan ini mengenakan faedah yang rendah, namun anda harus berhati-hati dalam perkara ini.  

Sebagai contoh, jika budget perkahwinan anda adalah sekitar RM20k, maka pinjamlah sekadar RM20k.  Ini kerana, ramai yang beranggapan bahawa selepas perkahwinan mereka memerlukan banyak wang.  Namun anda tersilap!  

Bayangkan anda pinjam RM50k, tapi anda hanya perlukan RM20k sahaja! Berapa banyak hutang yang tak perlu? (RM30k).  Sedangkan potongan gaji anda sudahpun mencecah 40-50%?  Anda perlu bayar selama 20 tahun dan RM30k ini, pada pandangan penulis merupakan gula-gula yang sangat berbahaya kerana anda pasti tidak mampu mengawal nafsu berbelanja anda!  Gaji bersih anda pula perlu digunakan untuk membayar kereta, rumah dan lain-lain perkara.  Nanti nak buat pinjaman perumahan perlukan duit juga.