Sunday, December 4, 2011

Serah kapak by abangisaifuddin
Serah kapak, a photo by abangisaifuddin on Flickr.
Ini adalah salah satu dari adat yang diamalkan oleh orang Melayu Sarawak ketika majlis perkahwinan mereka. Pihak lelaki akan membawa kapak yang dibungkus dengan kain kuning. Kapak ini akan diserahkan kepada pihak pengantin perempuan.

Apa yang menariknya ialah, penyerahan kapak ini akan dilakukan oleh dua orang pesilat, masing-masing satu dari pihak lelaki dan satu lagi dari pihak perempuan. Maka, akan berlakulah sedikit pertarungan dalam acara penyerahan kapak ini nanti.

Antara rasional penyerahan kapak diadakan ialah sebagai satu simbolik bahawa "kapak" merupakan satu dari peralatan yang digunakan oleh orang Melayu pada masa dahulu untuk pencarian rezeki.

Walaupun dunia moden sekarang tidak lagi menggunakan kapak sebagai peralatan mencari rezeki, namun konsepnya tetap sama iaitu pihak suami bertanggungjawab menyara kehidupan isterinya setelah mereka mendirikan rumahtangga.

Saturday, December 3, 2011



Tujuan makan nasi temuan ini diadakan adalah sebagai satu simbolik dalam hubungan suami isteri  di dalam kehidupan seharian mereka. Jika dilihat dari video klip yang ringkas ini, kita akan mendapati bahawa hakim atau orang tengah akan cuba mengapi-apikan suami isteri agar bersaing sesama sendiri.  

Walhal dalam kehidupan yang sebenar, suami isteri ini harus mengalah sekiranya berlaku permasalahan dalam berumahtangga.  Maka, makan nasi temuan ini amat memberikan satu pengertian yang besar terhadap pasangan yang berkahwin mahupun bakal pengantin agar senantiasa bertolak ansur dalam menjalani kehidupan seharian.