Tuesday, February 22, 2011

Sebuah filem yang sangat menyayat hati bagi sesiapa sahaja yang menontonnya. Kisah seorang bapa yang mempunyai ketidakupayaan (developmental disability) yang membataskan peranannya dalam mendidik seorang anak yang semakin membesar dan berkembang pemikirannya.
Perkara ini bertambah rumit apabila pihak kebajikan telah mengambil keputusan untuk menyerahkan hak jagaan (custody) kepada keluarga angkat yang lebih berkelayakan. Dengan keupayaan dan kemampuan yang terbatas, Sam Dawson (dilakonkan oleh Sean Penn) mencari peguam untuk membantu beliau mendapatkan semula hak penjagaan ke atas anak perempuannya.
Antara pengajaran yang boleh diambil dalam filem ini ialah: 

Kasih sayang itu tiada batasnya
Haiwan yang tidak berakal sekalipun, tidak akan membiarkan anaknya mati kelaparan ataupun diancam oleh sesuatu anasir jahat. Inikan pula seorang manusia yang mempunyai akal fikiran oleh tuhan yang Esa. Sudah tentu bapa yang mendalam kasihnya pada anak, tidak sanggup membiarkan anaknya hidup kesepian.
Antara babak yang paling menyentuh jiwa saya ialah ketika si anak (Lucy lakonan Dakota Fanning) enggan membaca buku cerita dihadapan ayahnya. Ini disebabkan Lucy hanya mahu membaca jika bapanya mengajarkan perkataan tersebut kepadanya walaupun pada ketika itu dia memang sudah boleh membaca.

Kecerdikan vs ilmu keibubapaan
Anak yang pintar tidak semestinya datang dari ibu bapa yang tinggi IQnya. Tetapi ilmu keibubapaan yang baik mampu membentuk seseorang anak itu berkembang dan membesar menjadi insan yang seimbang dalam semua segi.
Jiwa manusia memerlukan kasih sayang
Manusia dianugerahkan dengan suatu fitrah untuk berkasih sayang. Walaupun seorang anak diberikan segala-galanya bermula dengan pendidikan semenjak usia 4 tahun, tuisyen selepas sekolah, pakaian yang serba lengkap, makanan yang seimbang....jika tidak diisi dengan kasih sayang, jiwanya akan kosong dan akan dipenuhi dengan unsur-unsur yang merosakkan seperti dendam, amarah, kesunyian dan sebagainya.
Untuk maklumat yang lebih lengkap berkaitan dengan filem ini, anda boleh layari link yang berikut:

Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk semua umat Islam beribadah. Segala pintu keampunan dan rahmat terdapat dalam bulan yang penuh dengan barakah ini. Namun apa yang menyedihkan, ada sahaja pengorbanan yang tidak sepatutnya berlaku di dalam rumahtangga.
Apabila ditanya kepada isteri  “Mengapa tak buat tarawih secara berjemaah kat surau?”
Jawab isteri “Mana nak buatnya, suami dah pergi, siapa lagi nak jaga anak-anak”
*Keadaan di atas sepatutnya  win-win situation  kerana Ramadhan hanya setahun sekali dan suami isteri kalau boleh digalakkan sama-sama mendapat fadhilat Ramadhan
*Biarlah suami  isteri itu beroleh pahala yang diganjari oleh Allah SWT bersama-sama
Antara solusi / cadangan yang boleh kita lakukan terhadap masalah ini ialah dengan mewujudkan suatu kaedah giliran dalam solat tarawih. Sila rujuk jadual di bawah.

Rakaat (Tarawih)
Suami
Isteri
2
Solat tarawih berjemaah
Jaga anak kecil
4
6
Jaga anak kecil
Solat tarawih berjemaah
8
10
Solat tarawih berjemaah
Jaga anak kecil
12
14
Jaga anak kecil
Solat tarawih berjemaah
16
18
x
y
20



*Suami dapat melaksanakan 8 rakaat , begitu juga isteri 8 rakaat (rakaat yang selebihnya terpulanglah kepada pasangan terbabit untuk menentukan ibadah apa yang mereka dapat kerjakan –Contoh: berzikir, baca Al-Quran)
*Dinasihatkan agar mencari surau / masjid yang memudahkan pertukaran ini dilakukan
*Cadangan yang dikemukakan ini hanya merupakan satu ilustrasi dan cadangan, terpulanglah kepada pembaca untuk melakukan / memurnikan cadangan yang dikemukakan
*Sebarang komen amat dialu-alukan. Selamat menjalani Ramadhan al-Mubarak
[Sumber : Dioalah semula hasil dari sembang-sembang di Radio IKIM]

Data entri.  Pekerjaan ini memerlukan anda untuk mengisi borang-borang ataupun membuat spreadsheet dari dokumen mahupun dari laman web.  Kerjanya memang tidak sukar, namun harus berhati-hati dengan scam (skim dapat duit yang tidak telus).  Pendapatan yang dijana tidaklah seperti yang selalu digembar-gembur oleh beberapa iklan.  Anda boleh rujuk artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penipuan yang sering terjadi dan telah merugikan banyak individu yang tidak berhati-hati. 


Menulis.  Jika anda berminat menulis (tidak kisah apa-apa genre), anda mungkin boleh menjana pendapatan pasif.  Contohnya Dewan Bahasa & Pustaka seringkali mencari penulisan-penulisan baru dan jika terpilih, mereka akan diberikan honararium.  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk surat khabar tempatan seperti Utusan Sarawak di bahagian selitan ataupun melayari sesawang DBP sendiri.


Seni grafik.  Banyak laman web pada masa kini mencari grafik yang bermutu.  Jika anda mahir menggunakan beberapa perisian seperti Photoshop, anda boleh menunjukkan kebolehan anda.  Ada beberapa blog yang pernah saya temui menawarkan untuk mengambil upah atas kerja yang mereka lakukan.


Blogging.  Sudah ramai yang berjaya menjana pendapatan melalui blog mereka.  Jika anda mempunyai minat dalam membuat kek, tidak salah sekiranya bakat tersebut boleh dijadikan platform untuk anda mengaut keuntungan.  Gunakan minda kreatif anda untuk menarik dan mempromosikan barangan dengan menggunakan kos yang paling minimum.  Anda tidak perlu lagi keluar dari rumah semata-mata untuk mempromosikan barangan.  Jimat masa dan keluarga pun dapat dijaga.

Artikel ini dipetik dari:
http://abangisaifuddin.blogspot.com